Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 29 November 2011

YAM Tunku Puan Nora Almarhum Tengku Ahmad (Sultanah Nora Ismail).


Kali ini Warisan Permaisuri akan bercerita tentang Mantan Sultanah Johor pula. Baginda merupakan salah seorang bekas Sultanah yang masih hidup dan kini masih bersemayam di Johor. Baginda merupakan puteri kelahiran negeri Kelantan Darul Naim. Baginda yang dimaksudkan ialah Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad, D.K., S.P.M.J., S.S.I.J., S.P.M.K.(Kelantan).


Tunku Puan Nora diputerikan pada tahun 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green Pasir Mas, Kelantan. Baginda merupakan puteri Ke-6 kepada YAM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad Almarhum  Tengku Long Abdul Jaafar manakala bonda baginda adalah YABhg Che Puan Hajah Fatimah Binti Datuk Abdul Hamid. Ayahanda baginda adalah individu yang memahkotakan 2 orang Sultan Kelantan iaitu DYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Ahmad juga aktif dan memegang banyak jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kelantan. Baginda juga merupakan kekanda kepada YAM Tunku Puan Zanariah yang juga merupakan Mantan Sultanah Johor dan adinda kepada YBM Tengku Dato' Noor Asiah yang merupakan bekas Ahli Parlimen Tumpat.


Tunku Puan Nora bersekolah di Sultanah Zainab School, Kota Bharu. Bagibda bertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 13 November  1977 sebagai isteri kedua setelah kemangkatan Almarhum Sultanah Aminah. Ketika itu baginda berusia 39 tahun manakala Sultan Ismail berusia 83 tahun. Namun perkahwinan baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.


Sejurus selepas berkahwin dengan Sultan Ismail, Tunku Puan Nora diberikan gelaran Yang Maha Mulia Tunku Puan Nora. Baginda dimahkotakan sebagai Sultanah Johor  pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor Bahru. Baginda dimahkotakan oleh Mufti Johor Dato' Syed Alwee Bin Abdullah Al-Hadad. Baginda memakai gelaran DYMM Sultanah Johor Sultanah Nora Ismail. 


Baginda menjadi Sultanah Johor hanya selama 4 tahun sahaja sehingga kemangkatan Almarhum Sultan Ismail pada tahun 10 Mei 1981. Baginda masih menggunakan gelaran Sultanah sehinggalah cucunda tiri baginda, DYMM Sultan Ibrahim Ismail menaiki takhta. Gelaran Sultanah baginda telah dilucutkan dan digantikan dengan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Puan. Perlucutan gelaran ini dibuat pada 17 Februari 2011. 


Sebagai Sultanah Johor, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Johor pada 28.10. 1978. Baginda juga dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor dan Seri Setia Ismail Johor. Pada 10 Oktober 2012, nama Hospital Batu Pahat telah ditukar kepada Hospital Sultanah Nora Ismail atas perkenan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Tunku Puan Nora sendiri berkenan merasmikan penamaan semula hospital ini dan baginda telah beberapa kali melawat pesakit hospital ini. Kini baginda telah berusia 81 tahun dan masih bersemayam di Johor. Sama-samalah kita doakan kesihatan baginda.






Monday 28 November 2011

Dongengan Istana Negara...



Seorang jutawan berbangsa Cina,Encik Chan Wing mahu memiliki sebuah kediaman untuk diduduki.Lalu dia mengarahkan arkitek untuk membina sebuah rumah yang paling besar dalam sejarah Kuala Lumpur.Kediaman mewah ini siap pada tahun 1928 dengan harga RM 150 000.Namun cerita bangunan bersejarah ini tidak terhenti setakat ini sahaja.


Semasa berlangsungnya perang Dunia Ke 2 sekitar tahun 1942 sehingga 1945,bangunan ini diduduki oleh pihak Tentera jepun dan dijadikan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun.Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 15 Ogos 1945,Pentadbiran Tentera British telah mengambil alih bangunan ini untuk kegunaan pegawai tentera.Kemudian,pada tahun 1950,kerajaan Negeri Selangor telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan sebagai Istana Sultan Selangor,DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj sehinggalah tahun 1957.


Pada lewat tahun 1950an,Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru dibentuk telah membeli bangunan ini untuk dijadikan Istana Rasmi bagi Ketua Negara iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.Kerajaan membeli bangunan ini dengan harga RM 1.4 Juta.Seorang arkitek daripada Jabatan Kerja Raya,Encik E.K Dinsdale telah ditugaskan untuk kerja membaik pulih dan mengindahkan bangunan ini agar sesuai dijadikan sebagai Istana bagi sebuah negara yang merdeka.Beliau telah berjaya menghabiskan kerja-kerja membaik pulih hanya dalam masa 4 bulan sahaja.

 DYMM Tuanku Abdul Rahman sedang meninjau kerja membaik pulih Istana Negara.

Semasa kerja membaik pulih itu dijalankan,seramai 60 orang pekerja telah diupah,320 meter karpet berwarna kuning diraja dan biru telah dihamparkan di dalam istana,3000 liter cat berkualiti digunakan dan sedozen tenaga arkitek tempatan.Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 bilik kepada 20 bilik,dapur yang boleh memuatkan 100 orang,balai mengadap,4 bilik tetamu,2 balai kemasukan dan sebuah dewan santapan.
Penghawa dingin yang diimport dari Amerika Syarikat telah ditempatkan di dalam istana.Selain itu, lampu hiasan dari Perancis,set kutleri yang diperbuat daripada perak dan kristal dari negara Britain juga dibawa masuk ke dalam istana.Barang-barang elektrik pula diimport dari Jerman.Tirai Venetian dari negara Hong Kong dan jubin dari Hong Kong dan Sepanyol juga merupakan antara hiasan yang dibawa untuk mengindahkan istana.Kos keseluruhan membaik pulih istana menelan belanja sebanyak RM330 000.Kerja pemulihan itu dapat disiapkan seminggu sebelum istiadat pertabalan DYMM Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertuan Agong pertama.Baginda ditabalkan pada 3 Ogos 1957.



Istana ini berkeluasan 11.34 hektar terletak di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur,dibina di lereng Bukit Petaling,dan menghadap Sungai Klang.Terdapat 4 bilik utama di dalam istana ini.Terdiri daripada Balairong Seri,Dewan Mengadap,Bilik Permaisuri,dan Bilik Duta.Bagi upacara pertabalan,Balairong Seri sementara yang dibina pada tahun 1957 dengan harga RM 170 000 telah dimusnahkan pada penghujung tahun dan digantikan dengan Balairong Seri yang lebih besar.Namun,pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah paling menyeluruh.Inilah kali pertama Singgahsana diletakkan di Balairong Seri.Singgahsana baru itu telah dibina dibawah kelolaan Arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kapten David Wee dan Tun Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie telah mengilhamkan senibina Singgahsana itu berasaskan alat kebesaran diraja.

Balairong Seri Istana Negara.



Keseluruhan kawasan ini berpagar dan jata Yang di-Pertuan Agong adalah diletakkan pada setiap jejari besi antara dua batang tiang sekeliling pagar. Di bahagian hadapannya terdapat pintu utama dan dibina menyerupai pintu gerbang yang indah. Di kiri kanan pintu gerbang ini didirikan pula dua buah pondok khas sebagai tempat berteduh pengawal berkuda yang memakai pakaian istiadat yang segak ala Buckingham, London.
Oleh kerana kawasan istana tidak terbuka kepada orang ramai dan pelancong mengunjunginya, maka kawasan Pintu Utama Istana adalah tempat yang paling digemari oleh pelancong mengambil gambar.



 Antara ruangan dan bilik yang terdapat di Istana Negara Jalan Syed Putra:

Dewan Banquet.

Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Dewan Mengadap Kecil. 

Bilik Duta.

Bilik Menteri.

Bilik Permaisuri.
Singgahsana Istana.

 


 

Friday 25 November 2011

Istana Negara Jalan Duta.



Istana Negara Jalan Duta merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini menggantikan Istana Negara lama yang terletak di Jalan Syed Putra dan digunakan secara rasminya pada 15 November 2011. Setakat ini, seramai 4 orang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah bersemayam di Istana yang gah dan indah ini. Bermula dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang merupakan pasangan diraja pertama bersemayam di Istana ini.  Istana Negara telah menyaksikan 3 Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong iaitu pertabalan KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim dan KDYMM Tuanku Haminah pada tahun 2012, pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V pada tahun 2017 dan pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 Al-Sultan Abdullah dan KDYMM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Bangunan keseluruhan Istana Negara.

Istana Negara Jalan Duta ini mempunya tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Istana Negara ini mempunyai 3 jalan masuk utama terdiri daripada Pintu gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta. Jalan ini merupakan jalan yang digunakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-permaisuri, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan. Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan -Dungun merupakan jalan kegunaan tetamu-tetamu Diraja. Pintu 3 yang terletak di Jalan Sri Hartamas Mont Kiara adalah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Yang Dipertuan Agong,Raja Permaisuri Agong dan Pentadbiran Istana Negara.



Kerajaan Malaysia telah mencadangkan pembinaan Istana Baru bagi menggantikan Istana Negara Layang telah digunakan sejak tahun 1957. Istana Negara Lama sebenarnya dibeli oleh kerajaan daripada seorang jutawan cina untuk dijadikan istana. Kompleks Istana Negara Baru ini dibina di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagi kepada 4 sayap termasuk kawasan meletak kenderaan. Bangunan Utama Istana Negara serta bangunan-bangunan yang lain berkeluasan lantai 90,082 meter persegi. Istana ini menelan belanja sebanyak RM 812 juta. Kontraktor utama pembinaan istana ini adalah Maya Maju Sdn Bhd dengan kontrak bernilai RM650 juta. Manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju Pintu Gerbang Utama Istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan kontrak bernilai RM 130 juta.

Pintu gerbang Istana Negara.


Senibina istana melambangkan Islam dan Melayu, tatarias lampu, pemalapan dan pencahayaan luar dan dalam istana adalah berbeza. Rekaan ini bertujuan untuk mencipta suasana yang tersendiri di samping menjimatkan tenaga. Sistem ini dipusatkan dan dikawan oleh 10 butang kawalan di lokasi yang berbeza. Pentadbiran Istana Negara ini mula beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Istiadat menaikkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berlangsung pada 15 November 2011 sebagai simbolik bahawasanya Istana Negara Jalan Duta ini secara rasminya menjadi Istana Negara bagi Malaysia. Upacara menurunkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Lama dilakukan pada jam 9 pagi. Manakala upacara menaikkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Baru disempurnakan pada pukul 10.25 pagi. Acara berlangsung di Dataran Istana Negara.Upacara bermula dengan perarisan 52 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja serta 12 skuadron Istiadat Berkuda diiringi tiupan fajar. YM Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Tengku Farok Hussien Tengku Jalil kemudiannya menyerahkan bendera kepada Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Mejar Mohd Kadri Abu Bakar. Bendera Yang Dipertuan Agong dinaikkan dengan diapit dua bendera Jalur Gemilang serta 14 bendera negeri. Kaedah menaikkan bendera pada tiang berketinggian 30 meter dilakukan secara automatik berbeza dengan Istana Lama yang dinaikkan secara manual.Upacara diakhiri dengan bacaan doa.



Antara keunikan yang dapat dilihat di Istana Negara ini adalah bilangan kubahnya yang berjumlah 22 buah keseluruhannya. Pada dua buah kubah terbesar, terdapat reka bentuk seperti sirih bertindih. Pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan yang menerangi kubah berkenaan akan memberi kesan ilusi yang sangat cantik. Cahaya tersebut boleh bertukar warna mengikut jenis acara rasmi yang sedang berlangsung dan dapat dilihat secara jelas di luar istana.  Majlis Penyerahan Istana Negara Baru Jalan Duta telah diadakan di Dewan Serbaguna Diraja diantara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Pihak Pengurusan Istana Negara pada 18 Oktober 2011. Aturcara penyerahan bangunan disempurnakan dengan sesi menandatangani penyerahan dan penerimaan sijil penyeraha bangunan di antara Timbalan Ketua Setiausaha Kanan YBhg Datuk Othman bin Haji Mahmood dari JPM dan YM Dato' Pengelola Bijaya Diraja YM Tengku Datuk Farok Hussein Bin Tengku Abdul Jalil yang mewakili pihak Istana Negara.


Ruang menunggu.

Komponen utama di dalam Istana Negara ini adalah Balairong Seri yang menempatkan Singgahsana Kerajaan Malaysia. Singgahsana ini merupakan titik tumpuan di dalam Balairong Seri di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan bersemayam semasa Istiadat-istiadat rasmi. Balairong Seri ini digunakan untuk Istiadat Pertabalan, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan juga Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Selain Singgahsana di dalam Balairong Seri, terdapat juga Singgahsana Kecil yang digunakan untuk fungsi-fungsi yang tertentu. Singgahsana Kecil ini digunakan untuk tujuan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Menyimpan Rahsia sebagai Menteri Persekutuan (jika diadakan secara berasingan daripada Istiadat Penuh yang melibatkan semua menteri), Istiadat Watikah Pelantikan Sebagai Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Ketua Pengarah SPRM, Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah. 


Singgahsana Istana Negara.

Satu lagi bilik yang penting di dalam Istana Negara adalah Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Bilik ini berfungsi sebagai tempat bersidang Majlis Raja-Raja. Mesyuarat ini lazimnya diadakan 3 kali setahun tapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan juga apabila berlaku kekosongan jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Ynag Di-Pertuan Agong. Dewan utama untuk tujuan mengadap adalah Dewan Seri Maharaja yang diambil bersempena nama Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). Dewan ini digunakan untuk majlis mengadap pembesar-pembesar luar negara. Dewan ini juga digunakan sebagai dewan mengadap Ketua Negara bersama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum Majlis Jamuan Negara. Fungsi lain dewan ini adalah dewan tempat Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyambut keberangkatan DYMM Raja-Raja Melayu dan DYMM Permaisuri-Permaisuri, TYT Yang Di-Pertua Negeri dan YABhg Toh Puan, YAB Perdana Menteri dan isteri serta YAB Timbalan Perdana Menteri dan isteri sempena Majlis Santapan Malam memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istiadat Pengurniaan Darjah Kerabat kepada DYMM Raja-Raja dan juga pengurniaan Darjah Kebesaran kepada Ketua Negara luar, dan lain-lain lagi.

Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Bilik Seri Maharaja.

Dewan Seri Mahkota pula mengambil sempena nama Darjah Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.). Dewan ini berfungsi sebagai tempat mengadap Ketua-Ketua Kerajaan dengan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta tempat berlangsungnya Majlis Mengadap Kerabat Diraja. Seterusnya adalah Dewan Seri Negara. Dewan ini merupakan tempat berlangsungnya acara bergambar Yang Di-Pertuan Agong bersama DYMM Raja-Raja dan TYT Yang Di-Pertua Negeri selepas Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong. Dewan ini juga dijadikan tempat bergambar selepas Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong. Dewan Santapan pula merupakan tempat berlangsungnya Majlis Santapan sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong, dan meraikan Ketua-Ketua Negara Asing. 

Bilik Singgahsana Kecil.

 Dewan Seri Mahkota.

Dewan Seri Negara.

Dewan santapan.

Tuesday 22 November 2011

Senarai Tengku Ampuan Pahang bermula tahun 1470...


1470-1475: YAM Mengindra Putri.

1475: YTM Raja Fatimah Binti Almarhum Sultan Mahmud Shah 1.

1475-1497: YTM Tengku Puteri Binti Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah.

1519-1530: YTM Raja Putri Olah Binti Almarhum Sultan Ahmad.

YTM Raja Khadijah Binti Almarhum Sultan Mhamud Shah.

1540-1555: YTM Raja Putri Devi Binti Almarhum Sultan Mahmud Shah 1.

1555-1560: YTM Raja Putri Fatimah Binti Almarhum Sultan Alaudin Riayat Shah 11.

1590-1592: YTM Putri Munang Putri Bongsu Chandra Devi Binti Raja Asif.

1592-1614: DYMM Paduka Sri Raja Bonda Raja Putri Zohra  Binti Almarhum Sultan Saiful Rijal.

1857-1863: YAM Tunku Chik Binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

YAM Tengku Kechil Binti Almarhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah.

1863: YAM Che Engku Besar Binti Almarhum Datu Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim.

1863-1914: DYMM Tengku Ampuan Tun Besar Fatimah Binti Tun Muhammad.

1914-1917: DYMM Tengku Ampuan Besar Tengku Mariam Binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar.

1917-1932: DYMM Tengku Ampuan Besar Tengku Hajjah Kalsum Binti Tun Abdullah.

1932-1974: DYMM Tengku Ampuan Raja Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Iskandar Shah.

1974-1988: DYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Perang.

1991-sekarang: DYMM Sultanah Hajah Kalsom Binti Abdullah.







Wednesday 16 November 2011

Senarai Raja Perempuan Kelantan bermula tahun 1526..


1526-1547: YAM Raja Sri Dewi Binti Almarhum Sultan Mahmud Shah Melaka.

1637-1649: YAM Tuan Putri Mani Kemiyan Binti Raja Bersiong.

1721-1734: YAM Raja Pah Binti Raja Sakti.

1756-1758: YAM Tuan Tengku Tengah Binti Tuan Long Nik.

1763-1795: YAM Inche' Puan Balai Dua Tuan Encik Jumat Binti Engku Tanang Wangsa,

YAM Inche' Encik Tuan Nawi Binti Almarhum Sultan Mansur Shah 1.

1835-1886: DYMM Sultanah Batoh Binti Tengku Long Yusuf.

1890-1891: DYMM Tengku Ampuan Tengku Sofia Binti Amarhum Tengku Putih.

1900-1920: DYMM Sutanah Nik Wan Zainab Binti Nik Wan Muhammad Amin.

1920-1944: DYMM Tengku Ampuan Tengku Petri Binti Almarhum Tengku Long.

DYMM Tengku Sri Mariam Binti Almarhum Tengku Ahmad.

1944-1960: DYMM Raja Perempuan Sultanah Zainab Binti Tengku Zainal Abidin.

1960-1979: DYMM Raja Perempuan Tengku Zainab Binyi Tengku Muhammad Petra.http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2011/11/ymm-almarhum-raja-perempuan-zainab.html

1979-2010: DYMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2011/11/ymm-raja-perempuan-tengku-anis-almarhum.html

2010-sekarang :Tiada Penyandang.





Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...