Anda Pengunjung Ke :

Thursday 12 January 2012

PERSONALITI : YAM Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah...




PERSONALITI kali ini akan menampilkan kisah Bonda Sultan Johor iaitu Yang Amat Mulia Enche Besar Johor Hajah Khalsom Binti Abdullah,D.K.1(Johor). 

Tentu ramai daripada kita langsung tidak mengenali siapakah wanita kelahiran England ini.Pasti ramai menyangka yang DYMM Sultan Johor sekarang Sultan Ibrahim merupakan anakanda kepada YAM Tunku Puan Zanariah.Tetapi tidak.Bonda Sultan Johor merupakan seorang wanita Mat Salleh.Selama ini bonda Sultan Ibrahim bermastautin di England.Setelah berpuluh tahun berlalu,baru kini Enche Khalsum kembali ke Malaysia.


Dilahirkan sebagai Josephine Ruby Trevorrow atau Josephine Trevorrow pada 2 Disember 1935 di Cornwall ,England.Beliau merupakan seorang rakyat Britain,Etnik Torquay.Ayah beliau adalah Encik Reginald Terverrow,seorang pengeluar tekstil di Cornwall.

Beliau merupakan isteri pertama kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar.Enche Besar Khalsom mengenali Sultan Iskandar ketika Almarhum melanjutkan pelajaran di England.Beliau akhirnya memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada 5 Januari 1956.Istiadat perkahwinan beliau diadakan di Istana Bukit Stulang Johor Bahru.Beliau menukar namanya kepada Khalsom Binti Abdullah.Jodoh pasangan ini tidak panjang.Setelah 6 tahun berkahwinan mereka bercerai pada 9 Jun 1962 di Johor Bahru.Setelah bercerai,beliau terus pulang ke England dan menetap di sana.Enche Besar Khalsom sempat bermadu dengan YAM Tunku Puan Zanariah selama setahun setelah Sultan Iskandar mengahwini Tunku Puan Zanariah pada tahun 1961.


Enche Besar Khalsom melahirkan seorang putera dan 3 orang puteri untuk Sultan Iskandar.Satu-satunya putera beliau iaitu DYMM Sultan Ibrahim menaiki takhta Johor setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada tahun 2010.Puteri-puteri beliau pula terdiri daripada YAM Tengku Puan Panglima Diraja Selangor,Tunku Kamariah Aminah,YAM Tunku Besar Zabedah dan juga KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Semasa menjadi isteri Sultan Iskandar,Enche Besar Khalsom pernah memegang jawatan penting dalam beberapa pertubuhan.Antaranya Presiden Persatuan Perancang Keluarga Johor Bahru (1960-1962) dan juga Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Johor (1959-1962).


Setelah 48 tahun meninggalkan Malaysia,akhirnya Enche Besar Khalsom telah kembali ke Malaysia untuk menziarahi Makam Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat tahun 2010.Suasana pilu menyelubungi seleruh kerabat diraja Johor pada ketika itu.Setelah anakanda beliau Sultan Ibrahim menaiki takhta,beliau telah dikurniakan gelaran Enche Besar dengan panggilan hormat Yang Amat Mulia pada 22 November 2010.Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim ke 52,Enche Besar Khalsom telah dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1).Kini beliau yang telah berusia 75 tahun menetap di Johor.Beliau sering mengiringi Sultan Ibrahim ke majlis-majlis.Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.


Bersama Ayahanda Saudara Sultan Ibrahim,YAM Tunku Tan Sri Osman.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

11 comments:

  1. Dear sir / madam,

    With deepest sincerity and respect I wish to ask of you a question concerning the Honourable Kalsom Binti Abdullah. Please allow me to introduce myself, I am Mr Richard Hayes of Australia. I have known of a story dating back to 1962 where a particular car was purchased, purportedly belonging to an English Lady who had returned home to England from Johor. This vehicle had apparently been gifted to the English lady by the then Sultan of Johor. I am researching to try to contact with the Honourable Kalsom Binti Abdullah to ascertain any possible validity to this story. If you could in any way convey or forward this message to the Honourable kalsom Binti Abdullah, including my e-mail in the hope that Honourable Kalsom Binti Abdullah might contact directly to me, I would be most appreciative and equally sure that the Honourable Kalsom Binti Abdullah would also be deeply touched by the story I have to tell.

    E-mail: richardtrades4prosperity@gmail.com

    Sincerely, and with gratitude for your time
    Mr Richard Hayes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello,Mr Hayes. Has anyone responded to your inquiry regarding Honourable Kalsom Abdullah?

      Delete
  2. Video tribute for YG1104V

    ReplyDelete
  3. Salam Editor...
    Tersentuh hati dan tiba2 air mata mngalir apabila melihat Baginda Tuanku Ibrahim Sultan melutut, mncium tangan, menjunjung kasih YAM Enche Besar selepas mengalungkan D.K i (Johor) pada pada padukà bonda baginda. Setinggi mana pun kemuliaan & kedaulatan Duli Yang diPertuan, tinggi lagi darjat kemuliaan ibunda yang melahirkan. Semoga Allah Peliharakan Baginda Ibrahim Sultan. Dirgahayu Tuanku! "Kepada ALLAH Berserah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hebatnya Allah menciptakan seorang ibu. Terima kasih saudara.

      Delete
  4. Assalam.....Almarhum Sultan Iskandar memiliki 10 orang putera n puteri....jika bersama Enche Besar Khalsom almarhum memiliki 4 cahaya mata bermakna bersama YAM Tunku Puan Zanariah memiliki 6 cahaya mata..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Ye Puan. Bersama YAM Enche Besar Khalsom : Tunku Kamariah, Tunku Zabedah, Sultan Ibrahim dan Tunku Azizah
      Bersama YAM Tunku Puan Zanariah : Tunku Mariam, Tunku Norani, Tunku Maimunah, Tunku Majid, Tunku Muna, dan Tunku Maseera.

      Delete
  5. Ada gambar atau video yang baginda sultan melutut tu saya nak sgt tengok

    ReplyDelete
  6. Ada gambar atau video yang baginda sultan melutut tu saya nak sgt tengok

    ReplyDelete
  7. Hi, so if she was living in England it means she didnt taise her children. How often were they visiting her considering she apparently never returned to Malaysia until 2010. Were they in touch or did they rekindle later ?

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...