Anda Pengunjung Ke :

Friday 29 May 2015

Perasmian Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien 1958.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan mercu tanda bagi negara Brunei Darussalam. Masjid ini merupakan masjid tercantik di Asia Pasifik. Masjid ini diilhamkan oleh Sultan Brunei ke 30 Sultan Omar Ali Saifuddien. Plan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien direka oleh A.O Coltman daripada firma Booty and Edwards Chartered Architects yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Plan asal masjid ini sebenarnya dibuat oleh Sultan Omar Ali Saifuddien sendiri. Kos membina masjid ini dinggarkan bernilai 9.2 juta dolar. Kubah utama masjid ini diperbuat daripada emas tulen dan masjid ini berketinggian 52 meter. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1958.





Istiadat perasmian Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien telah diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu. Berangkat ke istiadat itu ialah KDYMM Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddien, DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah, KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar, DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail,DYMM  Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Munawir, Ketua Menteri Persekutuan YTM Tunku Abdul Rahman Putra dan Timbalan Ketua Menteri Tun Abdul Razak Hussien. 

Ketibaan Tun Abdul Razak Hussein.

Ketibaan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.

Keberangkatan tiba DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullai.

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar.

DYMM Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj  menerima tabik hormat.

Keberangkatan tiba KDYMM Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddien.

Sultan Brunei menerima tabik hormat.

Istiadat dimulakan dengan ketibaan Timbalan Ketua Menteri Persekutuan, Ketua Menteri Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan Sultan Brunei. Seterusnya Sultan Brunei menerima tabik homat daripada Pasukan Polis Brunei dan kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan. Setelah selesai, kesemua tetamu diraja dan tetamu kenamaan mengambil tempat masing-masing di perkarangan masjid untuk majlis perasmian. Ayat suci Al Quran dibacakan dan doa selamat dibacakan oleh Kadi Besar Brunei.Sultan Brunei seterusnya memotong reben di pintu utama masjid sebagai simbolik pembukaan secara rasmi Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Solat Jumaat diadakan buat pertama kalinya di masjid itu. Sehingga kini. setelah 57 tahun berlalu, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien masih gah menjadi rumah ibadat yang agung bertepatan dengan hasrat Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien yang mahu menjadikan masjid ini lambang keunggulan Islam di Brunei Darussalam.



Tunku Abdul Rahman dan Tuanku Munawir.

Sultan Omar Ali dan Sultan Abu Bakar.

Tun Abdul Razak dan tetamu Inggeris.

Sultan Omar Ali Saifuddien menyempurnakan upacara pembukaan.


Sultan Hisamuddin terpaksa dipeluk oleh pengiring baginda apabila dikerumuni oleh jemaah yang ingin bersalaman dengan baginda.

Tuanku Syed Putra juga dikerumuni jemaah yang ingin bersalam dengan baginda.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Setahun Kemangkatan Sultan Azlan Shah.


Tarikh 28 Mei 2014 merupakan tarikh sedih buat keluarga Diraja Perak dan seluruh rakyat Malaysia. Sultan Perak yang disayangi, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah mangkat pada usia 86 tahun. Semalam, 28 Mei 2015, genap setahun kemangkatan Almarhum Tuanku. Sultan Azlan yang mencipta rekod sebagai satu-satunya monarki di dunia yang pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara. Kepintaran dan kepandaian baginda dalam bidang perundangan banyak membantu negara dalam menyelesaikan hal ehwal berkaitan perundangan. Kehebatan baginda diwarisi oleh putera baginda yang kini bergelar Sultan Perak ke 35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Sesungguhnya Almarhum Sultan Azlan meninggalkan legasi yang hebat untuk diwarisi oleh generasi muda. AL FATIHAH untuk Almarhum Sultan Azlan. Semoga Allah SWT menempatkan roh baginda bersama orang-orang beriman.

Perjalanan terakhir seorang Raja.

Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun.

Keluarga Diraja Perak.

Almarhum Sultan Azlan Shah dan Sultan Nazrin Shah.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Monday 25 May 2015

Darjah Kerabat Malaysia (D.K.M.)


DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) merupakan Darjah Kebesaran Persekutuan yang kedua tertinggi selepas Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Darjah kebesaran ini merupakan satu daripada dua darjah kebesaran diraja yang terdapat dalam senarai Anugerah Diraja Malaysia. Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu yang menaiki takhta persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bilangan ahli bagi darjah kebesaran ini terhad kepada 10 orang sahaja. Darjah kebesaran ini dizahirkan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Di Pertuan Agong ke 4 pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966. Darjah ini hanya mempunyai satu pangkat sahaja. 


Bintang Darjah Kerabat Malaysia.

Darjah Kerabat Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah. Kalung darjah ini diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan diatasnya berukit timbul motif daun paku. Selepang darjah diperbuat daripada sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan diatasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. 

Lencana Darjah Kerabat Malaysia.

Setakat ini, 11 orang Yang Di Pertuan Agong telah dikurniakan darjah kebesaran ini. Pertama kalinya dikurniakan kepada Yang Di Pertuan Agong Keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin. Sehingga hari ini, terdapat 4 orang penyandang darjah kebesaran ini yang masih hidup iaitu KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Lagi 7 orang penyandang telah mangkat. Kali terakhir darjah ini dikurniakan adalah pada 2 Jun 2012 dan dikurniakan kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Yang Di Pertuan Agong ke 13.

Tunku Abdul Rahman bagi pihak Persekutuan mempersembahkan D.K.M. kepada Tuanku Ismail Nasiruddin.

Yang Di Pertuan Agong ke 3 Tuanku Syed Putra Jamalullail memakai selepang dan bintang D.K.M.

Penerima kedua D.K.M., Tuanku Abdul Halim memakai kalung, selepang, bintang dan lencana D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 6, Tuanku Yahya Petra memakai selepang dan bintang D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 7 Sultan Haji Ahmad Shah memakai set penuh D.K.M. ketika pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong.

Yang Di Pertuan Agong ke 7 Sultan Iskandar memakai kalung D.K.M. ketika pertabalan baginda.

Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Shah memakai set penuh D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 10 Tuanku Ja'afar memakai set penuh D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memakai set penuh D.K.M. di dalam potret baginda. 

Yang Di Pertuan Agong ke 12 Tuanku Syed Sirajuddin memakai selepang dan bintang D.K.M.

Yang Di Pertuan Agong ke 13 Tuanku Mizan Zainal Abidin memakai selepang dan bintang D.K.M.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Sunday 24 May 2015

Darjah Kebesaran Yang Membawa Gelaran Di Malaysia.

Kali ini WARISAN PERMAISURI MELAYU ingin menulis tentang Senarai Darjah Kebesaran Yang Membawa Gelaran di Malaysia. Hari ini. banyak gelaran-gelaran dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf yang diterima oleh rakyat Malaysia. Hanya darjah kebesaran dari peringkat Persekutuan dan Negeri sahaja diiktiraf sebagai darjah kebesaran dan gelaran yang sah. Gelaran seperti Datuk Sri Paduka atau Datuk Seri Paduka Diraja tidak wujud dalam mana-mana senarai darjah kebesaran di Malaysia. Berikut merupakan senarai Bintang dan Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri :

DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN : 


Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) : Tun.

Darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M.) : Tun.


Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) : Tan Sri.

Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) : Tan Sri.

Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) : Datuk.

Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D.) : Datuk.

DARJAH KEBESARAN PERLIS INDERA KAYANGAN :


Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail (D.B.S.J.) : Dato' Seri DiRaja Bendahara Negara.


Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) : Dato' Seri DiRaja.


Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.P.S.J.) : Dato' Seri Setia DiRaja.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( D.S.S.J.) : Dato' Paduka.

Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( D.W.S.J.) : Dato' Wira.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) : Dato'.

Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail ( D.S.P.J.) : Dato'.

sumber : perlis.gov.my

DARJAH KEBESARAN KEDAH DARUL AMAN :

Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati Kedah : Dato' Seri Utama.


Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (S.H.M.S.) : Dato' Seri Diraja.


Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.) : Dato' Seri.


Darjah Dato' Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Gemilang Mahkota Kedah : Dato' Wira.


Darjah Dato' Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (D.H.M.S.) : Dato' Paduka.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) : Dato'.

sumber :memori-kedah.com.

DARJAH KEBESARAN PERAK DARUL RIDZUAN :

Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) : Dato' Seri DiRaja.


Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) : Dato' Seri.

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) : Dato' Seri.

Darjah Seri Paduka Taming Sari (S.P.T.S.) : Dato' Seri Panglima.

Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) : Dato' Seri.


Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini ( D.P.C.M.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Taming Sari ( D.P.T.S.) : Dato' Pahlawan.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak ( D.P.M.P.) : Dato'.

sumber : royalark , gsas , cikgulin57.blogspot.com

DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN :

Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor ( S.P.M.S.) : Dato' Seri / Datin Paduka Seri.

Darjah Seri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S.) : Dato' Setia / Datin Paduka Setia.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor ( D.P.M.S.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah ( D.S.I.S.) : Dato' / Datin Paduka.

sumber : awards.selangor.gov.my

DARJAH KEBESARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS :

Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan ( S.U.N.S.) : Dato' Seri Utama.

Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang ( S.S.T.M.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan ( D.P.N.S.) : Dato'.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang ( D.S.T.M.) : Dato'.

Darjah Dato' Bakti Negeri Sembilan ( D.B.N.S.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN JOHOR DARUL TA'ZIM.

Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor ( S.P.M.J.) : Dato' / Datin Paduka.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor ( D.P.M.J.) : Dato'/ Datin Paduka.

Darjah Dato' Sri Setia Sultan Ismail ( S.S.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Setia Sultan Ismail ( D.S.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor ( S.M.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

Darjah Dato' Mulia Ibrahim Johor ( D.M.I.J.) : Dato' / Datin Paduka.

sumber : royalark , kemahkotaan.johor.gov.

DARJAH KEBESARAN PAHANG DARUL MAKMUR :


Darjah Dato' Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah Pahang ( S.D.S.A.) : Dato' Sri DiRaja.


Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang ( S.S.A.P.) : Dato' Sri.

Darjah Sri Indera Mahkota Pahang ( S.I.M.P.) : Dato'.


Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) : Dato'.


Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN TERENGGANU DARUL IMAN :

Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin ( S.U.M.Z.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin ( S.S.M.Z.) : Dato' Seri.

Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) : Dato'.


Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (D.S.M.Z.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN KELANTAN DARUL NAIM :


Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Kelantan (S.P.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (D.P.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato'Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan ( S.J.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K.) : Dato'.


Darjah Dato' Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (S.P.S.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Seri Paduka Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan ( S.P.K.K.) : Dato'.

Darjah Dato' Paduka Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan (D.P.K.K.) : Dato'.

DARJAH KEBESARAN NEGERI PULAU PINANG :


Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) : Datuk Seri Utama.


Darjah Panglima Pangkuan Negeri (D.P.P.N.) : Datuk Seri.


Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) : Datuk Seri.


Darjah Setia Pangkuan Negeri ( D.S.P.N.) : Datuk.


Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) : Datuk.

sumber : epingat.penang.gov.my

DARJAH KEBESARAN NEGERI MELAKA :


Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) : Datuk Seri Utama.


Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) : Datuk Seri.


Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) : Datuk Wira.


Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) : Datuk.


Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) : Datuk.


sumber : navy.mil.my.

DARJAH KEBESARAN NEGERI SABAH :


Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) : Datuk Seri Panglima.


Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) : Datuk.

sumber : ekurnia.sabah.gov. 

DARJAH KEBESARAN NEGERISARAWAK :


Darjah Satria Bintang Sarawak (S.B.S.) : Pehin Sri.


Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) : Datuk Patinggi.


Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) : Datuk Seri.


Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) : Datuk Amar.


Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) : Datuk.


Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) : Datuk.


Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) : Datu / Datin Paduka.

sumber : upak.sarawak.gov.my , allencharlie.com

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...