Anda Pengunjung Ke :

Thursday 4 June 2015

Almarhum Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman.


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Yang Amat Mulia Tuanku Ampuan Maharunnisa Binti Tunku Mambang. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah King George V, Seremban. Seterusnya baginda ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di School of Oriental & African Studies (SOAS),London. 


Tuanku Munawir menjadi pengiring kepada ayahanda baginda pada tahun 1936. Baginda menjadi Leftenan ke 2 Batalion ke 3 Pasukan Sukarela Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 dan berakhir pada tahun 1939. Baginda menanggotai Pejabat Tanah Negeri Sembilan pada tahun 1949 hingga 1950 seterusnya Pegawai "Home Guard" Kuala Plilah dan Tampin bermula tahun 1952 hingga 1957. Baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun oleh ayahanda baginda yang menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda dinaikkan ke Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun. Tuanku Munawir pernah menjadi Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda ke luar negara. Dan kali ke 2 semasa ayahanda baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama bermula 3 September 1957 hingga 5 April 1960.

Ketika bergelar Tunku Laksamana,

Takdir Allah telah menentukan bahawa Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad mangkat dalam tidur di Istana Negara Kuala Lumpur. Anakanda sulung baginda, Tunku Munawir dimashurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 9 pada 5 April 1960. Istiadat pertabalan baginda diadakan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 17 April 1961. Baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, D.M.N.,S.M.N.,D.K.(Brunei),S.P.M.B.,Queen Elizabeth II Coronation Medal, Sultan Ismail Johor Coronation Medal.


Tuanku Munawir mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 1 Januari 1940 ketika berusia 18 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Besar Sri Menanti. Tuanku Ampuan Durah merupakan puteri kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Tunku Besar Burhanuddin merupakan adinda kepada nenda Tuanku Munawir iaitu Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Maka, ini menjadikan Tuanku Ampuan Durah merupakan bonda saudara kepada Tuanku Munawir. Pertalian kekeluargaan ini dieratkan lagi dengan perkahwinan baginda berdua. Perkahwinan baginda diserikan dengan kehadiran seorang putera dan 5 puteri, Putera sulung baginda kini bergelar Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Puteri-puteri baginda pula terdiri daripada YAM Almarhum Tunku Puteri Tunku Munawirah,  YAM Almarhum Tengku Puan Sharif Bendahara Perlis Tunku Mudziah, YAM Tunku Anne Dakhlah, YAM Tunku Deborah dan YAM Tunku Deannah Almarhum Tuanku Munawir.

Ketika Istiadat Bersanding sempena perkahwinan baginda.

Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat akibat penyakit kencing manis pada usia cukup muda iaitu 45 tahun. Baginda hanya sempat memeritah Negeri Sembilan selama 7 tahun. Baginda meninggalkan seorang balu Tuanku Ampuan Durah dan 6 anakanda. Anakanda sulung baginda Tuanku Muhriz baru sahaja berusia 19 tahun ketika itu. Tempat baginda sebagai Yang Di Pertuan Besar digantikan oleh adinda baginda Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Al Fatihah untuk Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Durah.

Bersama Bonda tiri baginda Tuanku Kurshiah.

Ketika Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Besar,


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...