Anda Pengunjung Ke :

Friday 15 January 2016

Pemakaman Almarhum Tunku Alif.


Jenazah Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al Amin Ibni Tuanku Muhriz telah selamat disemadikan di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 7.00 malam 15 Januari 2016. Almarhum yang merupakan putera bongsu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud disemadiakan bersebelahan makam nendanya Almarhum Tuanku Ampuan Durah. 

Sebelum itu, jenazah Almarhum tiba di Istana Besar Seri Menanti pada pukul 3.55 petang.Jenazah beliau dibawa dari Istana Munarah Seremban dan diiringi oleh ayahanda dan bonda Almarhum. Istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah diadakan di Istana Besar Seri Menanti.


Jenazah dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti menggunakan van jenazah Angkatan Tentera Malaysia pada pukul 5.30 petang dan tiba di Makam DiRaja Seri Menanti pada pukul 5.35 petang. Hujan lebat mengiringi perjalanan terakhir Almarhum Tunku Alif.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud mengiringi jenazah Almarhum bersama kaum kerabat diraja. Turut mengiringi ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin serta barisan exco kerajaan negeri.


Wajah sedih ayahanda dan bonda Almarhum Tunku Alif.

Terdahulu solat jenazah diadakan di Istana Besar dan penghormatan terakhir diadakan selama sejam bermula pukul 4 petang yang dihadiri kira-kira 500 tetamu kehormat dan orang awam. Istiadat siram jenazah dimulakan oleh Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani serta dua lagi anakanda baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin. Suasana pilu menyelubungi perkarangan makam ketika istiadat siram berlangsung




Hujan lebat mengiringi istiadat pemakaman.



Tuanku Muhri menyiram air mawar ke pusara anakanda baginda.


Tangisan seorang ayah.

Sayu seorang ibu yang melahirkan.




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...