Anda Pengunjung Ke :

Sunday 23 July 2017

Pameran Raja Kita Di Muzium DiRaja Kuala Lumpur (Bahagian 1)


Pada 22 Julai 2017, Editor Warisan Permaisuri Melayu bersama 2 orang rakan berkesempatan untuk mengunjungi Istana Negara Lama atau Muzium DiRaja di Jalan Istana,Kuala Lumpur untuk melihat Pameran Raja Kita bersempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pameran ini diadakan di Balairong Seri yang mempamerkan sedikit sebanyak latar belakang kehidupan serta barangan peribadi Seri Paduka Sultan Muhammad V. Pameran yang dianjurkan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ini diadakan bermula pada 3 Mei 2017 hingga 4 September 2017. Bayaran tiket RM 5 untuk warganegara dikenakan kepada pengunjung. Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa melawat pameran ini:


Banner dihadapan Balairong Seri.

Pimtu gerbang nan indan mengalu-alukan kemasukan pengjung ke Balairong Seri.





Senarai Seri Paduka- Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Setem khas yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia sempena pertabalan Sultan Muhammad V.


Sebahagian gambar peribadi Sultan Muhammad V ketika kecil dan bersama keluarga.

Sejarah & Peranan Majlis Raja-Raja.





Sekitar pameran didalam Balairong Seri.



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...