Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 12 September 2017

Istiadat Penghormatan Terakhir Untuk KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.


Kemangkatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan satu kesedihan untuk semua rakyat Malaysia. Kemesraan, kelembutan dan ketinggian budi pekerti Almarhum menjadikan Almarhum senantiasa disenangi rakyat. Doa ribuan rakyat jelata mengiringi Almarhum sepanjang berlangsungnya Istiadat Penghormatan Terakhir buat Almarhum oleh rakyat jelata serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Raja-Raja Permaisuri, kerabat diraja dan para pembesar negeri dan negara. Jenazah Almarhum disemayamkan di paterana 4 tingkat yang diletakkan di tengah Balai Penghadapan Istana Anak Bukit. Disekeliling keranda Almarhum diletakkan Darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Almarhum. Penghormatan terakhir diberikan oleh rakyat jelata bermula jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ribuan rakyat jelata yang mengasihi Almarhum datang memberikan lambaian terakhir kepada seorang Raja yang amat dikasihi. Bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, penghormatan terakhir dilakukan oleh DYMM Raja-Raja, Raja-Raja Permaisuri serta para pembesar. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat ke Istana Anak Bukit untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum kira-kira pukul 12.40 tengah hari. Baginda diiringi  YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani. Turut berangkat memberi penghormatan terakhir adalah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. DYMM Raja Perlis telah berangkat menziarahi Almarhum pada malam semalam. Turut berangkat memberi penghormatan terakhir adalah DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah. 


Berangkat sama, KDYMM Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim. Turut hadir YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa menteri kabinet serta Menteri-Menteri Besar. YABhg Tun Dr Mahathir dan isteri YABhg Tun Dr Siti Hasmah serta YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi juga turut memberi penghormatan terakhir. Jenazah Almarhum sebelum itu telah disembahyangkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit diimamkan oleh Mufti Kedah SS Dato' Syeikh Fadzil Awang.

Balu Almarhum, KDYMM Sultanah Hajah Haminah.

Sultan Muhammad V mengucapkan takziah kepada Sultanah Haminah.




Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat.



Sultan Nazrin Shah, Tuanku Zara dan Sultanah Haminah.

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin, Sultanah Haminah, Tunku Salehuddin dan Tengku Maliha mengaminkan doa dihadapan keranda Almarhum.

Raja Perlis bersama Sultanah Haminah dan Tuanku Lailatul Shahreen.

Tuanku Muhriz, Tuanku Aishah Rohani dan Tunku Puteri Intan Safinaz.

Raja Zarith Sofiah berpelukan dengan Tunku Intan Safinaz.

Sultan Kedah yang baru Tunku Salehuddin, Sultan Muhammad V, Sultanah Haminah dan Tengku Maliha.

Tunku Idris, Tunku Salehuddin, Tunku Ismail, Tengku Dr Fa-iz Petra, Tuanku Muhriz, Sutan Muhammad V, Sultanah Haminah, Raja Zarith Sofiah, Tuanku Aishah Rohani dan Tengku Maliha.

Tunku Idris bersalaman dengan Sultanah Haminah sambil disaksikan Tunku Ismail.

Mantan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah.

Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob.

Tun Dr Mahathir serta Dato' Seri Azmin Ali.


Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...