Anda Pengunjung Ke :

Monday 26 December 2011

PERSONALITI: YTM Dato' Seri Sharifah Nong Al Sagoff...



 Dalam ruangan PERSONALITI kita akan bercerita tentang bonda Raja Melayu yang tidak menjadi permaisuri.PERSONALITI kali ini akan mengupas kisah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah Binti Sayyid Abdullah Al Sagoff,D.K.(Terengganu),S.S.M.T.

Tentu anda tertanya-tanya siapakah gerangan Sharifah Nong ini.Beliau merupakan bonda kandung kepada DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin,Sultan Terengganu.Dilahirkan di Singapura pada 7 Oktober 1939 dalam keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Al Sagoff.Merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 April 1959 di Singapura.


 Sharifah Nong merupakan isteri kedua Sultan Mahmud selepas Almarhum YMM Tengku Ampuan Bariah.Perkahwinan Sultan Mahmud dengan Tengku Ampuan Bariah tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.Sharifah Nong melahirkan 6 orang putera dan puteri untuk Sultan Mahmud.Putera sulung beliau iaitu Tuanku Mizan yang dilahirkan pada tahun 1962 ditabalkan sebagai Sultan Terengganu setelah kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud pada tahun 1998.Anakanda beliau yang lain ialah Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustafa Kamil,Tengku Sri Panglima Raja Tengku Badrulzaman,Tengku Nor Rohana Putri dan Tengku Dato' Nur Rahimah Putri.Anakanda sulung beliau,Almarhum Dato' Hajah Tengku Amira Zahira Fara Qurashiyah mangkat mangkat pada 25 Februari 2001 di usia 40 tahun.

Setelah Tuanku Mizan menaiki takhta,Sharifah Nong telah dikurniakan gelaran Tengku Besar Terengganu dengan panggilan hormat Yang Teramat Mulia pada 4 Mac 1999.Ayah beliau ialah Sayyid Abdullah Bin Sayyid Salleh Al Sagoff dan ibu beliau pula ialah Sharifah Aishah Binti Abdul Rahman Al Junied.Datuk beliau merupakan Pengasas Sekolah Islam Al Junied di Singapura.




Sharifah Nong merupakan Pengerusi Syarikat Swiftlet Eco Park Berhad.Kini beliau bersemayam di Istana Al Muktafi Billah di Batu Buruk yang merupakan tempat kelahiran Tuanku Mizan.Kini Sharifah Nong berusia 73 tahun dan bersemayam di Terengganu bersama Bonda Mertua beliau iaitu YMM Tuanku Intan Zaharah.





7 comments:

  1. Terima kasih bro. Baru tahu siapa bonda Sultan Mizan. :)

    ReplyDelete
  2. Bondanya telah berkahwin dengan datuk saya. Berupakan isteri kedua. Tetapi tidak dikurniakan anak.

    ReplyDelete
  3. Bondanya YTM Datuk Seri Sharifah yang berkahwin dengan datuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bererti nenek Sultan Mizan telah berkahwin dengan datuk anda?

      Delete
  4. Saya mau bertanya saya keturunan H achmad dari sulawesi selatan di rappang siapakah nama nenek ku di singapore

    ReplyDelete
  5. Pengumuman Dukacita

    Adalah dimaklumkan bahawa Paduka Bonda YTM Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Assegoff binti Abdillah telah mangkat pada jam 3.17 am pada tarikh 3/8/23 di kediaman Taman Duta Kuala Lumpur.

    ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Almarhumah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh

    AlFatihah
    ‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
    ‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي

    ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
    ‎اللهم اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ.
    *“Allahummagh firlaha warhamha wa`afihi wa`fu`anha"*

    Jenazah akan berada
    di alamat berikut

    No 1 Lorong Duta 4
    Taman Duta
    50480 KL

    Jenazah akan di persiapkan di Masjid Wilayah pada jam 10.30 pagi dan solat jenazah. Selepas itu akan di bawa pulang ke Kuala Trg dan akan di bawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah.

    Sekian Terima kasih

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...