Anda Pengunjung Ke :

Sunday 5 February 2017

Pameran Koleksi Terpilih: Koleksi Peribadi KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin


Pameran Koleksi Terpilih Koleksi Peribadi KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin diadakan di Balairong Seri Istana Negara Lama(Muzium Diraja) bermula 10 Disember 2016 sehingga 2 Mac 2017. Pameran ini menghimpun lebih kurang 60 buah koleksi yang diperkenan secara peribadi oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri. Menerusi himpunan koleksi ini menceritakan sisi Baginda sebagai seorang pemerintah berjiwa rakyat. Baginda seorang Raja yang aktif dalam bidang sukan sebagai seorang atlet dan aktif juga dalam bidang aktiviti kemasyarakatan. Koleksi peribadi baginda yang pelbagai dalam semua jenis bidang dipamerkan disini. Daripada darjah kebesaran yang diterima baginda ke cenderahati yang dikurniakan kepada tetamu semasa Pertabalan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-13.



Pinggan Kenangan: 
Antara cenderamata yang dihasilkan semasa Pertabalan Baginda sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Diperbuat daripada seramik.

Pen & Pembuka surat : 
Antara cenderamata yang dihasilkan semasa Pertabalan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Didatangkan dalam kotak penyimpan daripada kayu berbentuk segi empat. Mengandungi pen dan pembuka surat. 

Set Surah Yassin dan Tasbih :
Antara cenderamata yang dihasilkan semasa Pertabalan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Didatangkan dalam kotak penyimpan daripada kayu berbentuk segi empat.

Jam Tangan:
Didatangkan secara berpasangan dan diberikan kepada tetamu sempena Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Pending DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (Replika):
Dihasilkan daripada perak bersalut emas dan dihiasi batu delima.

Tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong :
Tengkolok yang dihasilkan daripada songket berbenang emas dengan gaya ikatan Dendam Tak Sudah.

Jubah Canselor UiTM dan seragam Pengakap yang dipakai baginda semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Baju program lawatan Tuanku ke Antartika.
Persalinan yang dipakai oleh Tuanku sempena lawatan khas ke Antartika pada 21 November 2011 bersama kumpulan penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan di kawasan terbabit. Persalinan ini mempunyai empat lapisan pakaian, dua lapis sarung tangan dan dua lapis sarung kepala dan stoking serta but anti gelincir.

Mess kit DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Bekas Air Mawar :
Merupakan bekas air mawar yang digunakan semasa istiadat pemakaman. Diperbuat daripada tembaga putih (cupronickel) dengan motif bunga bersalut emas di sekelilingnya.

Bakul bunga:
Digunakan untuk meletak bunga-bungaan yang akan ditaburkan diatas makam semasa istiadat pemakaman diadakan. Diperbuat daripada perak yang disadur dengan warna emas.

Set bekas bara :
Bekas bara dari tembaga kuning yang digunakan untuk istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan.

Darjah Kebesaran Bintang Adipurna (Indonesia) :
Bintang Republik Indonesia Adipurna yang dianugerahkan oleh Kerajaan Indonesia pada 16 Oktober 2011. Bahan terdiri dari komposisi perak 925 dengan salutan emas 24 karat. Kemasan cat pada motif  R I pada bintang sash(Sash Star) dan pada bintang dada(Breast Star).

Darjah Kebesaran Bintang Necklace of Independence(Qatar):
Necklace of Independence dianugerahkan oleh Raja Qatar pada 18 Disember 2010. Komposisi bahan terdiri dari Perak 925 dan saduran Emas 24 karat. Terdapat kemasan mutiara pada kalung dan bintang kalung (Chain Star) bertatah permata bermutu tinggi.

Darjah Kebesaran Bintang Order of Rajamitrabhorn(Thailand):
The Most Auspicious Order of Rajamitrabhorn(Thailand) dianugerahkan oleh Raja Thailand pada 9 Mac 2009 terdiri daripada bahan Perak 925 dengan saduran Emas 24 karat. Kemasan enamel pada motif bintang kalung (Chain Star) bertatah berlian bermutu tinggi serta kemasan enamel pada bintang dada(Breast Star). Turut didatangkan dengan roxette.

Darjah Kebesaran Bintang de la Orden al Merito de Chile (Chile):
Bintang kebesaran ini dianugerahkan oleh kerajaan Chile kepada baginda pada 18 April 2009. Komposisi bahan adalah Perak 925 dengan saduran Emas 24 karat. Kemasan enamel pada bintang dada (Breast Star) dan kalung.

Darjah Kebesaran Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.).

Bekas Skroll Watikah:
Diperbuat daripada Perak 925 bersadur Emas 24 karat. Mempunyai motif ukiran disekeliling skroll dan tapaknya.

Uniform Juruterbang Pesawat Tempur dan Uniform Taekwando. 
Uniform Juruterbang Pesawat Tempur SUKHOI yang dipakai baginda ketika menaikit pesawat Sukhoi SU-30 MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena lawatan ke Pengkalan Udara TUDM di Butterwoth pada 7 Februari 2011. Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama menaiki pesawat ini yang dibawakan khas dari Pengkalan Udara Gong Kedak Terengganu. Persalinan ini lengkap dengan topi juruterbang yang tertera nama baginda.

Payung dan tombak berambu.



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...