Anda Pengunjung Ke :

Monday 1 May 2017

Majlis Santapan DiRaja Sempena Pertabalan.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV
Sultan Muhammad V.



Sesudah selesai Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 pada sebelah pagi 24 April lepas, pada malamnya diadakan pula Majlis Santapan DiRaja Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. Istiadat Santapan ini diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. Berangkat ke Istiadat ini ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani, DYMM Sultan Nazrin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim, KDYMM Tengku Abdullah dan KDYTM Tunku Azizah, YMM Tengku Fa-iz Petra, TYT Tun Abdul Rahman Abbas dan YABhg Toh Puan Majimor, TYT Tun Khalil Yaakob dan YABhg Toh Puan Zurina, TYT Tun Juhar Mahiruddin dan YABhg Toh Puan Norlidah dan TYT Tun Taib Mahmud dan YABhg Toh Puan Ragad.


Turut berangkat DYTM Tunku Salehuddin dan DYTM Tengku Maliha serta DYAM Tunku Ismail dan YM Che Puan Khaleeda dan DYTM Tengku Muhammad Ismail. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri  kabinet, duta-duta asing serta para pegawai kanan kerajaan juga menghadiri majlis itu.

Sultan Muhammad V bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan Tuanku Syed Sirajuddin.

Tun Khalil dan Toh Puan Zurina bersama Dato' Seri Zahid Hamidi.


Sultan Nazrin dan Tuanku Zara.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian artis tempatan termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Andre Goh yang diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM). Seri Paduka dan para hadirin turut menyaksikan persembahan dikir barat yang diterajui Halim Yazid serta tarian kebudayaan anak-anak Permata Seni dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).


Meja utama Santapan DiRaja.

Dari Dewan Seri Maharaja,  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan  KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Raja-Raja Permaisuri; serta Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan isteri menuju ke Dewan Seri Negara bagi sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Dewan Santapan.


Sebelum Majlis Santapan Diraja bermula, doa dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri. Selesai Majlis Santapan Diraja, kesemua tetamu diraja berangkat ke Anjung Utama bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  sebelum berangkat meninggalkan majlis.



Keberangkatan masuk Raja-Raja dan Permaisuri-Permaisuri.

Tengku Permaisuri Norashikin, Sultan Sharafuddin, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Muhammd V, Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani.

Kemesraan antara dua Ketua Negara.




Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak.

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor.



No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...