Anda Pengunjung Ke :

Monday 11 September 2017

Luahan Kesedihan Cucunda Almarhum KDYMM Sultan Kedah.



Kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan berita yang sedih buat kerabat diraja, rakyat negeri Kedah dan rakyat Malaysia amnya. Cucunda Almarhum Tuanku, Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah Binti Raja Iskandar Dzulkarnain berkongsi kisah disebalik seorang Raja dan Sultan yang dikasihi rakyat ini. Raja Sarina mencatatkan dalam laman Instagram beliau menunjukkan bahawa Almarhum Tuanku merupakan seorang Sultan yang amat komited dan dedikasi. 

“Saya lihat Tok (panggilan Raja Sarina kepada almarhum) tidak makan kerana sedang berlatih menyampaikan ucapan atau menyiapkan kerja dalam pejabat yang mana siapa lelaki berusia lebih 80 tahun yang sanggup buat begitu?

“Kebanyakan dari kita mengimpikan untuk bersara pada usia 50 tahun tetapi Tuanku tidak walaupun boleh berbuat demikian.

“Banyak kali saya lihat Tuanku terpaksa menghadiri acara-acara rasmi meskipun sedang gering dan menjalani rawatan di hospital.

“Di saat Tuanku meninggalkan wad dan bertugas sebagai Sultan dan Agong, saya lihat Tuanku berlakon seperti orang yang sihat, menyantuni Perdana Menteri dan tetamu yang lain.

“Tetapi selepas majlis tamat, Tuanku kembali ke wad dan membiarkan badan Tuanku dipasang tiub dan wayar.

Kami rakyat Malaysia berkongsi kesedihan yang dirasakan oleh cucunda Almarhum. Kehilangan baginda tiada gantinya. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang beriman.

1 comment:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...